selamat datang ke PPKI SK PAYA RUMPUT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Isnin, 22 Oktober 2012

LAWATAN KERJA DELEGASI BRUNEI KE SKK SK PAYA RUMPUT





Terima kasih diucapkan kepada En. Chin Shao Meng, Nazir Khas daripada Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam kerana sudi meluangkan masa melawat ke Program Pendidikan Khas Integrasi SKK Paya Rumput pada 11 Oktober 2012.

Ahad, 21 Oktober 2012

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH SKK SK PAYA RUMPUT KALI KE 38















Tarikh                         : 26 September 2012 @ Khamis
Tempat                       : Padang Sekolah SK Paya Rumput
Acara Sukan PPKI     : Sukaneka dan 100 meter lelaki.

Tahniah di ucapkan kepada murid yang berjaya.

MELAKA RIVER CRUISE














Tarikh                     : 11 Sept 2012 @ Selasa
Masa                      : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat                   : Melaka River Cruise
Penglibatan             : 12 orang murid, 6 orang guru dan 2 PPM.



PROGRAM SCHOOL BASE MURID "CEREBRAL PALSY"










Tarikh                        : 15 Ogos 2012 @ Rabu
Masa                          : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat                      : Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas Melaka,
                                   SK Pendidikan Khas, Semabok Melaka
Guru Pengiring            : En Mohamad Hamidy Bin Mohd Nasir
Murid yang terlibat      : i ) Muhammad Umar Bin Mohd Azimin - 1 Bestari
                                   ii) Muhammad Ariff Hakimi Bin Adam - 1 Bestari
                                  iii) Muhammad Amirul Hakimi Bin Kamalrudin - 3 Arif
Penceramah            : Puan Mazitah - Unit Pemulihan Carakerja, Hospital Besar Melaka

Refleksi

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan program yang telah dijalankan. Selain menambah pengetahuan, program ini memberi kesedaran bahawa kanak-kanak "CP" boleh dirawat dengan menggunakan kaedah terapi pemulihan carakerja. Banyak manfaat yang diperolehi terutamanya dari aspek pergerakan atau senaman yang melibatkan motor halus dan motor kasar. Pendekatan yang digunakan amat baik iaitu mendiagnosis murid secara individu atau "one to one".
Jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Zaidi dari Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas Melaka dan Pn Mazitah dari Unit Pemulihan Carakerja Hospital Besar Melaka.
Semoga kita semua mendapat keberkatan dari apa yang kita lakukan.

LAWATAN PENANDA ARAS - IPGM KAMPUS MELAKA KE PPKI SK PAYA RUMPUT







Pada 11Julai 2012, warga PPKI SK Paya Rumput telah menerima kunjungan mesra pelatih-pelatih daripada Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka (IPPMM) seramai 20 orang beserta seorang pensyarah.

Bagi pihak PPKI SK Paya Rumput, kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi bertandang ke tempat kami.

Selasa, 10 Julai 2012

LAWATAN KE KILANG YAKULT, TAMAN BURUNG, SKYBRIDGE & AQUARIA KLCC




































Program lawatan PPKI SKPR telah diadakan pada 28 Jun 2012 @ Khamis dan melibatkan seramai 22 murid, 7 guru, 2 PPM dan ibu bapa. Destinasi pertama lawatan ialah ke Kilang Yakult yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan. Di kilang tersebut, kami telah diterangkan oleh staff Yakult berkaitan kebaikan dan keperluan Yakult unutk tubuh badan kita. Kami juga di bawa melawat ke kilang operasi yang menempatkan peralatan dan mesin-mesin yang besar dan berteknologi tinggi.
Destinasi kedua ialah Taman Burung di Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Kami dapat melihat pelbagai spesis burung yang ada di taman tersebut.
Destinasi ketiga ialah Skybridge KLCC. Kami telah dibawa sehingga ke tingkat 88 KLCC dan seterusnya ke skybridge.
Destinasi keempat ialah Aquaria KLCC. Terdapat beribu spesis ikan yang kami dapat lihat dan ianya sungguh menyeronokkan.
Program lawatan kali ini berjalan dengan lancar. TAHNIAH diucapkan kepada semua guru dan PPM yang terlibat. Semoga kita semua mendapatkan keberkatan dari apa yang kita lakukan. InsyaAllah.

"KEKURANGAN BUKAN PENGHALANG KEPADA KECEMERLANGAN"