Program lawatan PPKI SKPR telah diadakan pada 28 Jun 2012 @ Khamis dan melibatkan seramai 22 murid, 7 guru, 2 PPM dan ibu bapa. Destinasi pertama lawatan ialah ke Kilang Yakult yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan. Di kilang tersebut, kami telah diterangkan oleh staff Yakult berkaitan kebaikan dan keperluan Yakult unutk tubuh badan kita. Kami juga di bawa melawat ke kilang operasi yang menempatkan peralatan dan mesin-mesin yang besar dan berteknologi tinggi.
Destinasi kedua ialah Taman Burung di Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Kami dapat melihat pelbagai spesis burung yang ada di taman tersebut.
Destinasi ketiga ialah Skybridge KLCC. Kami telah dibawa sehingga ke tingkat 88 KLCC dan seterusnya ke skybridge.
Destinasi keempat ialah Aquaria KLCC. Terdapat beribu spesis ikan yang kami dapat lihat dan ianya sungguh menyeronokkan.
Program lawatan kali ini berjalan dengan lancar. TAHNIAH diucapkan kepada semua guru dan PPM yang terlibat. Semoga kita semua mendapatkan keberkatan dari apa yang kita lakukan. InsyaAllah.
"KEKURANGAN BUKAN PENGHALANG KEPADA KECEMERLANGAN"