selamat datang ke PPKI SK PAYA RUMPUT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Rabu, 2 Ogos 2017

Sumbangan dari Zawati Optometrist

Pada 27 Julai 2017, pihak Zawati Optometrist yang berpusat di Cheng, Melaka telah memberikan sedikit sumbangan kepada PPKI SK Paya Rumput. Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat memberi sedikit kegembiraan kepada anak-anak PPKI SKPR.





Bergambar bersama guru-guru PPKI SKPR dan pihak Zawati Optometrist










Jelas terpancar wajah-wajah kegembiraan di kalangan anak-anak istimewa ini...

Program Pendidikan Khas Integrasi
SK Paya Rumput Melaka
HARGAi sebuah Didikan..
Tiada LETIH tapi keCERIAan.. 
BELAJAR dalam SENYUMAN..
Sungguh ini Anugerah Tuhan..
Syukur Allah ...

Lawatan Sambil Belajar ke Kidzania

Pada 26 Julai yang lalu, PPKI SK Paya Rumput telah membuat lawatan sambil belajar ke Kidzania Kuala Lumpur. Program ini bertujuan agar murid dapt melihat dan merasai pelbagai aktiviti yang meningkatkan minat murid untuk belajar dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai kerjaya impian dan memberikan pendedahan kepada dunia pekerjaan yang terdapat di luar sana. Selain daripada itu, murid akan mendapat motivasi untuk mengejar cita-cita yang mereka inginkan.

Antara objektif lawatan ialah :

1. Memberi pendedahan kepada murid mengenai pelbagai jenis pekerjaan yang boleh diceburi apabila dewasa kelak.

2. Memupuk cita-cita melalui permainan

3. Memberi pengalaman kepada murid untuk melakukan sendiri kerjaya yang diminati mereka.

4. Menanam sikap belajar dengan cara yang menyeronokkan.


Belajar untuk menjadi tukang masak

Bergambar sebelum masuk ke Kidzania


Menjamu selera


GPK PK bergambar bersama penjaga






Sedang memadamkan kebakaran



Bergambar di dalam bas

Alhamdulillah, selesai sudah lawatan sambil belajar ke Kidzania pada kali ini. Semoga murid-murid PPKI SKPR telah mendapat pelbagai pendedahan tentang kerjaya di masa akan datang...Insya Allah.