selamat datang ke PPKI SK PAYA RUMPUT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Isnin, 16 April 2018

Latihan Kebakaran Kali 1 2018

Pada 13 April 2018, telah diadakan latihan kebakaran kali 1 2018 bertempat di SK Paya Rumput.

Matlamat utama latihan kebakaran ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran dan cara menyelamatkan diri ketika kebakaran serta pendedahan pencegahan kebakaran.

Objektif utama latihan kebakaran ini ialah :

1. Murid dapat mengetahui laluan yang betul untuk keluar dengan selamat
2. Memberi maklumat kaedah mengawal kebakaran
3. Memberi pendedahan kepada warga SK Paya Rumput tentang bahaya kebakaran.










Semoga aktiviti sebegini memberi manfaat kepada semua warga SKPR dan seterusnya diharapkan warga sekolah bersedia dalam menghadapi situasi kecemasan yang sebenar.

Aktiviti Berkebun

Pada 12 April 2018, telah dijalankan aktiviti berkebun oleh PPKI SKPR. Aktiviti sebegini diadakan untuk mengutip hasil perkebunan yang telah diusahakan.

Tujuan  aktiviti ini dijalankan supaya murid-murid dapat mempelajari asas ilmu berkaitan aktiviti berkebun sekaligus tahu mengendalikan alatan yang digunakan semasa berkebun. Disamping itu juga, matlamat aktiviti seperti ini juga sebagai panduan kepada murid dalam bidang usahawan yang berkaitan dengan pertanian.

Inilah hasilnya...








Semoga semua murid PPKI SKPR mendapat manfaat dari aktiviti ini dan berguna pada yang akan datang.

Terapi Air dan Terapi Pasir

Pada 3 April 2018, telah dilaksanakan Terapi Air dan Terapi Pasir di Puteri Qashrina Chalet, Melaka. Terapi ini telah disertai seramai 16 orang murid, 8 orang guru serta 2 orang PPM.

Terapi air diadakan bertujuan untuk :

1. Melembutkan otot kasar dan halus
2. Membina keyakinan diri di dalam air
3. Mendapat cara berenang dengan betul
4. Melatuh murid untuk sentiasa patuh kepada arahan dan mementingka keselamatan di mana sahaja terutama di tempat berisiko tinggi.








Terapi pasir pula diadakan bertujuan untuk :

1. Melatih daya kreativiti murid-murid
2. Menghilangkan rasa marah
3. Percaya kepada diri sendiri dalam mencipta sesuatu
4. Meningkatkan keyakinan diri
5. Mengembangkan imaginasi dan penggunaan viual murid












Tahniah diucapkan kepada warga PPKI SKPR yang dapat merancang dan melaksanakan program terapi ini dengan baik. Semoga program sebegini dapat dilaksanakan setiap tahun.

Kem Bestari Solat Siri 1/2018

Pada 31 Mac 2018 yang lalu, telah dijalankan Kem Bestari Solat Siri 1 2018 bertempat di PPKI SK Paya Rumput.

Kem Bestari Solat ini bermatlamat agar setiap murid ppki yang beragama Islam dapat menguasai dan melaksanakan wuduk dan solat dengan sempurna di samping mendidik mereka menjadi insan yang kamil (sempurna)

Kem Bestari Solat ini juga diadakan bertujuan untuk memastikan murid dapat :

1. Mengetahui kepentingan solat
2. Mengetahui cara berwuduk dengan sempurna
3. Mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardu
4. Melaksanakan semua perbuatan di dalam solat dengan betul
5. Menunaikan solat secara individu dan berjemaah.









Diharapkan melalui Kem Bestari Solat ini dapat menanamkan minat dan menyedarkan murid khususnya akan kewajipan ini. Semoga semua murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna dalam kehidupan harian mereka. Insya Allah.


Ahad, 15 April 2018

Lawatan Ke Karnival Pendidikan Negeri Melaka

Pada 30 Mac 2018, murid-murid PPKI SK Pay Rumput telah diberi peluang untuk menyertai lawatan ke Karnival Pendidikan Negeri Melaka yang diadakan bertempat di MITC Melaka.


Bergambar di pintu hadapan Karnival Pendidikan 




Sarapan pagi

Perkhemahan Lencana Dan Kemahiran Pengakap Kanak-Kanak Daerah Alor Gajah

Perkhemahan Lencana dan Kemahiran Pengakap Kanak-Kanak Daerah Alor Gajah telah dijalankan pada 16 - 18 Mac 2018 bertempat di SK Rumbia, Alor Gajah Melaka.

Seramai 3 orang murid PPKI SKPR telah menyertai perkhemahan ini iaitu:

1. Muhammad Hadi Putera bin Mohd Noor
2. Muhammad Danial bin Johari
3. Muhammad Haikal Shahfuan bin Hasman










Tahniah kepada anak-anak istimewa ini...