selamat datang ke PPKI SK PAYA RUMPUT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Ahad, 29 Julai 2018

Selamat Datang Guru Praktikum

Ahlan wa sahlan dan selamat datang diucapkan kepada guru-guru praktikum yang baru melaporkan diri di PPKI SKPR pada 30 Julai 2018.


  • Program Praktikum bermatlamat untuk melaksanakan amalan latihan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dalam situasi sebenar. Program ini memberi peluang kepada guru pelatih mendekati dan mempelajari situasi sebenar dan pembelajaran sebelum menjadi seorang guru permulaan di sekolah.
  • Program ini juga menyediakan peluang kepada guru pelatih mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dan merupakan sebahagian daripada syarat bergraduat.
  • Program Praktikum menyediakan peluang bagi guru pelatih mempraktikkan teori pengajaran dan pembelajaran yang telah dipelajari bagi membolehkan guru pelatih menjadi insan guru yang berkualiti, berpengetahuan luas dan berketrampilan dengan mengamalkan prinsip-prinsip keguruan.


Nama : Nur Shahera Farhana binti Awang
Asal : Kelantan
Jurusan : Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran / Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
IPG : Kampus Perempuan Melayu Melaka
Tarikh Praktikum : 30 Julai 2018 - 26 Oktober 2018


Nama : Nur Amirah binti Maizu
Asal : Kelantan
Jurusan : Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran / Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
IPG : Kampus Perempuan Melayu Melaka
Tarikh Praktikum : 30 Julai 2018 - 26 Oktober 2018






Majlis Perpisahan Cikgu Noremi Binti Sidek

Pada 6 Jun 2018 yang lalu, satu majlis perpisahan untuk Cikgu Noremi Binti Sidek telah diadakan. Cikgu Noremi telah berpindah ke sekolah SK Lereh. Satu kehilangan buat PPKI SKPR. Moga Cikgu Noremi akan terus maju berkhidmat di tempat yang baru.






Semoga Cikgu Noremi tidak lupakan kami di SKPR ini..

Hari Bertemu Pelanggan

Pada 6 Julai 2018 yang lalu, telah diadakan Hari Terbuka Sekolah.

Hari Terbuka ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang ibu bapa berjumpa dengan guru-guru bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara warga sekolah dengan penjaga disamping dapat besama-sama bertukar-tukar pendapat bagi kebaikan bersama.








Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2018

Pada 29 Jun 2018 yang lalu, telah diadakan Sambutan hari Raya Peringkat Sekolah. Sambutan pada kali ini dibuat adalah atas sumbangan ibu bapa penjaga murid PPKI SKPR.


















Murid menerima duit raya.....

Terima kasih diucapkan kepada para penjaga yang sama-sama memberi sumbangan berupa makanan. Terima kasih daun keladi... 

Program Uli-Uli Aidilfitri

Pada 5 Jun 2018 yang lalu, telah diadakan program Uli-uli Aidilfitri di PPKI SKPR. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid PPKI tentang cara-cara membuat kuih raya serta memberi keyakinan diri terhadap murid dalam bidang masakan.

Pada kali ini, murid-murid membuat kuih sarang semut dengan bimbingan guru.







Tahniah diucapkan kepada semua warga PPKI SKPR yang sama-sama menjayakan program ini. Semoga tahun depan kita akan cuba dengan resepi yang lain pula. 

Kem Bestari Solat PPKI Peringkat Negeri Melaka

Pada 7 Mei 2018 yang lalu bertempat di Masjid Jamek Putra Masjid Tanah telah diadakan satu program iaitu Kem Bestari Solat PPKI Peringkat Negeri Melaka.

Aktiviti ini dilaksanakan bertujuan untuk memastikan murid PPKI :

1. Dapat menguasai bacaan wuduk dan solat dengan betul dan sempurna
2. Dapat menguasai perlakuan wuduk dan solat dengan betul dan sempurna
3. Merapatkan ukhuwah Islamiyah antara murid, guru dan ibu bapa.
4. Mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang beriman dan dinamik.

Bergambar di hadapan masjid.

Murid dibahagikan mengikut kumpulan.




Tahniah diucapkan kepada Danial dan Aisyah yang telah berjaya mengikuti KBS ini dengan jayanya. Semoga segala ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

Khamis, 19 Julai 2018

Terapi Berkuda

Pada 3 Mei 2018 yang lepas, telah diadakan satu aktiviti bersama murid iaitu Terapi Berkuda. Terapi pada kali ini telah diadakan di Astana Riding Stable, Masjid Tanah Melaka.

Antara objektif terapi ini dijalankan ialah :

1. Membolehkan murid-murid melakukan pergerakkan psikomotor kasar dan halus dengan baik.
2. Murid-murid dapat membina keyakinan diri semasa melakukan aktiviti tersebut.



Sedang menunggu giliran



Seronoknya Shafika....



Menjamu selera setelah penat menunggang kuda




Program seperti ini perlu dijadikan program tahunan PPKI SKPR kerana aktiviti ini mampu menarik minat murid serta membina keyakinan diri murid dalam aktiviti menunggang kuda. Tahniah PPKI SKPR.

Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur

Pada 26 April 2018 yang lalu, satu Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur telah diadakan. Antara tempat yang dilawati ialah :

1. Domino 's Pizza Seri Kembangan
2. Kilang Choclate Berly,s Bangi
3. Menara KL ( Observation Deck)
4. Mini Zoo, KL Tower

Antara objektif lawatan ini diadakan ialah :

a) Memberi pendedahan kepada murid mengenai pelbagai jenis pekerjaan yang boleh diceburi apabila dewasa kelak.
b) Memupuk cita-cita melalui permainan
c) Memberi pengalaman kepada murid umtuk melihat sendiri pelbagai jenis haiwan yang terdapat di mini zoo
d) Menanam sikap belajar dengan cara yang menyeronokkan

Menikmati hidangan yang disediakan di Domino,s Pizza





Mini Zoo, KL Tower


Menara KL (Observation Deck)


Tahniah diucapkan kepada semua warga PPKI dan penjaga murid PPKI SKPR kerana bersama-sama dalam menjayakan lawatan pada kali ini.