selamat datang ke PPKI SK PAYA RUMPUT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Isnin, 18 Mei 2020

Majlis Pelantikan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas 2020

Pada 6 Februari yang lalu, telah diadakan Majlis Pelantikan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang bertempat di SK Paya Rumput, Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Antara objektifnya ialah :

1. Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Ketua Kelas dan penolong Ketua Kelas supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan penuh amanah dan dedikasi
2. Dapat melaksanakan tanggungjawab serta membantu guru setiap masa.




Tahniah diucapkan kepada Nur Hakeem Amsyar bin Nor Kamal yang telah dilantik sebagai Ketua Kelas PPKI bagi sesi 2020


Tahniah juga diucapkan kepada Adelisya binti Rosli kerana telah dilantik sebagai Penolong Ketua Kelas PPKI bagi sesi 2020



Terapi Boling 2020

Pada 30 Januari yang lalu, telah diadakan Terapi Boling yang bertempat di Melaka International Boling Centre (MIBC) MITC Melaka.

Tujuan Terapi Boling ini diadakan adalah untuk :

1. Melatih pergerakan psikomotor kasar dan halus murid
2. Membina keyakinan dalam diri murid
3. Mendidik murid supaya memberi fokus dan perhatian dalam sesuatu perkara
4. Mampu melembutkan otot dan sendi murid
5. Memberi pendedahan apa yang berlaku di sekitar mereka

Sesi bergambar sebelum bertolak ke MIBC Melaka





Tunjuk ajar guru



Sesi penyampaian hadiah dan majlis penutup



Isnin, 27 Januari 2020

Khidmat Kunjung Bantu oleh KPP Sektor Pendidikan Khas JPN Melaka

Pada 22 Januari 2020, satu sesi Khidmat Kunjung Bantu instrument BP Khas dan persediaan persekolahan sesi 2020 telah diadakan oleh Puan Rogayah binti Umar, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Terima kasih diucapkan atas segala khismat, nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan.







Ahad, 26 Januari 2020

Latihan Merentas Desa

Pada 21 Januari 2020, telah diadakan latihan merentas desa peringkat sekolah. Seramai 6 orang murid PPKI tahap 2 yang terlibat dalam latihan ini.

Murid-murid yang terlibat ialah :

1, Siti Aisya Zulkafli
2. Nur Aisyah Maisarah binti Norizal
3. Nur Humaira Shaqiren binti Hasman
4. Muhammad Isma Hamdawi bin Azlysyam
5. Iman Fahrin Arif bin Hafizul Baktiar
6. Nur Hakeem Amsyar bin Nor Kamal


Sesi pemanasan badan




Terbaik.....

Khidmat Kunjung Bantu oleh PPD Melaka Tengah

Pada 15 Januari 2020, satu sesi Khidmat Kunjung Bantu telah diadakan di PPKI SK Paya Rumput oleh Encik Ahmad Yunus bin Selim, Penolong PPD Sektor Pembelajaran Pendidikan Khas, PPD Melaka Tengah.






Lawatan Pegawai Seranta Unit Pengurusan Sekolah

Pada 6 Januari 2020, PPKI SKPR telah didatangi oleh Penolong PPD Unit Pengurusan Sekolah iaitu Encik Mohammad Hasnizam bin Umar untuk melawat kelas PPKI SK Paya Rumput.




Program Transisi dan Orientasi Tahun 2020

Bermula 2 Januari 2020 sehingga 10 Januari 2020 selama 2 minggu, telah dijalankan program transisi dan orientasi bagi murid tahun 2020.

Antara pengisian program adalah :

1. Pengurusan kelas
2. Doa harian
3. Suai kenal (ice breaking)
4. Kebersihan diri
5. Nyanyian lagu patriotik
6. Nyanyia lagu sekolah
7. Permainan kemahiran manipulatif
8. Terapi pergerakan kreatif
















Mesyuarat Badan Kebajikan Ibu Bapa dan Guru Tahun 2020

Pada 26 Disember 2019, telah diadakan mesyuarat Badan Kebajikan Ibu Bapa dan Guru bertempat di blok IBS, SK Paya Rumput.

 Sesi pendaftaran ibu bapa dan guru



Barisan pentadbir bersama pengerusi Badan Kebajikan Ibu Bapa dan Guru 


Sesi ucapan GPK PPKI Puan Hajah Rohana binti Mohd Som








GPK PK menerima cenderamata dari Afiq bin Zulhisyam




Barisan pengerusi dan naib pengerusi yang baru bagi sesi 2020