selamat datang ke PPKI SK PAYA RUMPUT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Isnin, 7 November 2016

Perkhemahan RIMUP Peringkat Negeri Melaka

Perkhemahan RIMUP Peringkat Negeri Melaka telah diadakan pada 5 dan 6 November 2016 yang lalu bertempat di SK Paya Rumput. Sebanyak 3 buah sekolah telah menyertai perkhemahan ini termasuk SJK(C) Pya Hwa dan SJK (T) Paya Rumput. Seramai 167 orang peserta telah menyertai perkhemahan ini dan PPKI SKPR telah menghantar 7 orang wakil ke perkhemahan ini. 

KONSEP

RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

MATLAMAT

Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

OBJEKTIF RANCANGAN

RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:
· Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.

· Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.

· Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.

· Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama.
  



Aktiviti malam kebudayaan

 Aktiviti memasang khemah















Aktiviti absailing



Aktiviti berkompang

Aktiviti flying fox





Solat berjamaah


Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program perkhemahan ini.

Khamis, 3 November 2016

Program Latihan Kebakaran Peringkat Sekolah Kali Ke 2 Tahun 2016

Program Latihan Kebakaran Peringkat Sekolah Kali Ke 2 Tahun 2016 telah diadakan pada 2 November 2016 yang lalu.

Antara objektif program ini ialah :

1. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid kaedah menyelamatkan diri ketika kebakaran/kecemasan
2. Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran
3. Mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba dan agensi keselamatan yang lain.









Semoga dengan adanya program latihan sebegini dapat memberikan pendedahan dan latihan yang secukupnya kepada semua warga sekolah supaya dapat menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Pertandingan Petanque Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka

Pertandingan Petangue Peringkat Negeri Melaka telah diadakan di Gelanggang Petanque Hang Jebat, Tanjung Kling Melaka pada 26 dan 27 Oktober 2016 yang lalu.

PPKI SKPR telah menghantar seorang wakil iaitu adik Nursuria Natasya Binti Ibarahim untuk acara bawah 12 tahun yang mewakili Zon Tanjung bersama kumpulan Nur Hazura dari SK Bukit Rambai.

Alhamdulillah, mereka telah mendapat naib johan negeri untuk pertandingan ini. Tahniah diucapkan kepada yang menang dan terima kasih diucapkan kepada Puan Zainab yang telah bersungguh-sungguh melatih sehingga berjaya di peringkat negeri. Tahniah....







Tahniah team Zon Tanjung...

Jumaat, 28 Oktober 2016

Pertandingan ICT Challenge For Special Needs Peringkat Negeri Melaka 2016

Pertandingan ICT Challenge For Special Needs Peringkat Negeri Melaka 2016 telah diadakan pada 25 Oktober 2016 yang lalu di makmal komputer SMK Klebang Besar.

Antara objektif pertandingan ini ialah :
1. Menggalakkan MBK dan guru pendidikan khas menggunakan ICT sebagai medium pengajaran dan pembelajaran.
2. Mengasah bakat dan kreativiti MBK dalam bidang ICT.
3. Mendapatkan calon untuk pertandingan Global IT Challenge For Youth With Disabilities
4. Memberi peluang kepada guru pendidikan khas untuk menghasilkan bahan bantu belajar berasaskan ICT.

SKPR telang menghantar wakil tunggal PPKI iaitu adik Luthfee Ghazalee Iman Bin Mohd Helmi.






Tahniah diucapkan kepada adik Luthfee Ghazalee Iman kerana memenangi Johan Menaip Word Negeri Melaka Tahun 2016.

Tahniah PPKI SKPR.....

Perkhemahan Jambori Di Udara (JOTA) dan Jambori di Internet (JOTI) Dunia Tahun 2016

Program Jota Joti Dunia ini telah berlangsung pada 14 hingg 16 Oktober 2016 yang lalu bertempat di Kem Pengakap Melaka.

Program ini bertujuan untuk :

1. Mendedahkan kemahiran dan kecekapan berkomunikasi secara radio dan internet di kalangan ahli-ahli pengakap
2. Mengalami dan merasakan pengalaman sebenar berkomunikasi secara radio dengan peralatan HF dan VHF.
3. Memberi peluang kepada ahli-ahli pengakap bersaing secara sihat dalam kemahiran dan kecekapan ilmu pengakap yang telah mereka pelajari.
4. Menjalinkan hubungan di antara sesama kumpulan dalam Persekutuan Pengakap Negeri Melaka.








 Seramai 3 orang murid PPKI SKPR telah terlibat dalam perkhemahan ini iaitu :
1. Adik Muhammad Shafuan Bin Samsari
2. Adik Luthfee Ghazalee Iman Bin Mohd Helmi
3. Adik Afiq Bin Zulhisyam.

Semoga program yang dirancang ini memberi impak positif yang besar kepada semua ahli dan jawatankuasa yang terlibat dalam program kali ini. Diharap iainya menjadi satu pengalaman dan memberikan banyak ilmu kepengakapan kepada yang terlibat di samping dapat menambah kemahiran dan kecekapan serta dapat memupuk semangat pengakap dalam peserta Negeri Melaka.