KONSEP
RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.
MATLAMAT
Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.
OBJEKTIF RANCANGAN
RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:
· Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.
· Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.
· Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.
· Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama.
Aktiviti malam kebudayaan
Aktiviti memasang khemah
Aktiviti absailing
Aktiviti berkompang
Aktiviti flying fox
Solat berjamaah
Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program perkhemahan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan