selamat datang ke PPKI SK PAYA RUMPUT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Rabu, 20 April 2016

Program Jalinan Bersama Kolej Komuniti Bukit Beruang (20 April 2016)


Program Jalinan Bersama Kolej Komuniti Bukit Beruang SKPR ini adalah bertujuan untuk membina pengetahuan, pengalaman, keyakinan diri, sikap positif, berakhlak dan berkemahiran dalam menguruskan diri sendiri serta menguruskan hal-hal yang melibatkan kehidupan seharian. Di samping itu, ianya juga dapat membina rasa tanggungjawab, insaf, syukur dan saling memahami antara satu sama lain.

Antara objektif program ini adalah :

· Pelajar dapat mengikuti latihan untuk membuat kuih yang mudah dan senang.
· Pelajar dapat melihat dengan lebih dekat Kolej Komuniti Bukit Beruang
· Pelajar dapat menguji potensi diri dalam menguruskan kehidupan seharian serta berkeyakinan
  dalam menjalankan sebarang aktiviti.
· Dapat memupuk silaturahim dan menjalinkan semangat kerjasama di kalangan rakan dan komuniti.
· Mewujudkan rasa kebersamaan dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang.

 Murid PPKI basuh tangan sebelum memulakan aktiviti memasak

 Antara bahan-bahan yang diperlukan...


 Bergambar dulu sebelum measak..


 Sesi demonstrasi oleh pensyarah KKBB








 Inilah hasilnya....







 Seronoknya adik-adik membuat kek cawan ni...



 Sesi ayak tepung...



 Murid sedang menyusun kertas kek cawan di dalam dulang pembakar kuih





 Inilah hasilnya.....  coklat chip muffin ..

 Acara penutup


 Sesi penyampaian cenderahati.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Kolej Komuniti Bukit Beruang yang sudi menerima kehadiran kami. Semoga kita akan jumpa lagi pada tahun akan datang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan