selamat datang ke PPKI SK PAYA RUMPUT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Ahad, 22 Mei 2016

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah (16 Mei 2016)


Sambutan Hari Guru merupakan sambutan yang diadakan bagi meraikan guru –guru yang banyak berjasa dalam bidang pendidikan. Ia merupakan program tahunan yang wajib dijalankan. Bagi aktiviti pada bulan Mei, sambutan Hari Guru  yang dirancang untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan mentor mantee kelas masing – masing. Di sekolah, guru akan berperanan memberi tunjuk ajar sebagai ibu bapa di sekolah kerana guru bukan setakat mengajar pengajaran untuk membina ilmu bahkan membangunkan sahsiah dan disiplin murid. Melalui aktiviti Sambutan Hari Guru pada kali ini,   murid dapat berinteraksi dengan guru selaku mentor mereka secara santai tetapi penuh penghayatan dan pengajaran di sebalik aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, murid juga menggunakan kreativiti masing – masing untuk menyerlahkan bakat bagi menghiburkan guru-guru dan menghidupkan suasana Hari Guru. Semoga aktiviti yang dijalankan memberikan erti yang signifikan dalam catatan diari kehidupan seorang guru.

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"





 Berpakaian mengikut tema klasik dan tradisional




Majlis Sambutan Isra' dan Mikraj Peringkat Sekolah


Israk  ialah perjalanan nabi Muhammad s.a.w.dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Plestin. Manakala Mikraj pula perjalanan Rasulullah s.a.w. dari Masjidil  Aqsa naik ke langit. Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab. Menyedari hakikat inilah , maka program ini dilaksanakan agar dapat menyingkap rahsia kebesaran malam tersebut. Oleh itu ia memberi peluang untuk meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah Taala.

Program Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Sekolah ini telah diadakan pada 6 Mei 2016 yang lalu. Ceramah Isra' dan Mikraj ini telah disampaikan oleh Ustaz Zairul Aizan Bin Zaidan iaitu Guru j-Qaf Bahasa Arab SKPR SKK.





Guru Besar melepaskan burung merpati sebagai acara simbolik perasmian majlis ini.
MAJLIS SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ 1.PENDAHULUAN  Israk  ialah perjalanan nabi Muhammad s.a.w.dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Plestin. Manakala Mikraj pula perjalanan Rasulullah s.a.w. dari Masjidil  Aqsa naik ke langit. Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab. Menyedari hakikat inilah , maka program ini dilaksanakan agar dapat menyingkap rahsia kebesaran malam tersebut. Oleh itu ia memberi peluang untuk meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah Taala. 2.MATLAMAT Memberi pendedahan peringkat awal kepada murid-murid tentang sirah Rasulullah s.a.w. yang berkaitan dengan peristiwa Israk Mikraj.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Selasa, 3 Mei 2016

Kejohanan Olahraga Tahunan SK Paya Rumput Kali ke 42

Kejohanan Olahraga Tahunan SK Paya Rumput Kali ke 42 ini telah diadakan pada 28 April 2016 pada jam 4.00 petang bertempat di padang SKPR. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Encik Amzah Bin Osman, Jurulatih Utama Sarana Kebangsaan KPM.

Antara objektif kejohanan ini ialah :

a) mencungkil bakat dan memberikan murid-murid peluang menyertai sukan
b) menyahut seruan Menteri Pendidikan untuk memajukan sukan negara dari peringkat sekolah rendah lagi
c) mengeratkan persefahaman dikalangan peserta di dalam acara yang diambil
d) mewujudkan persaingan yang sihat dikalangan peserta
e) memupuk semangat yakin diri dan kekentalan jiwa dalam mengharungi dugaan dan cabaran


PPKI SKPR telah menyertai acara sukaneka dalam kejohanan ini...


























Sesi penyampaian hadiah yang telah disampaikan oleh GPK Pendidikan Khas iaitu Puan Rohana Binti Mohd Som

 Tahniah diucapkan kepada pemenang..