Sambutan Hari Guru
merupakan sambutan yang diadakan bagi meraikan guru –guru yang banyak berjasa
dalam bidang pendidikan. Ia merupakan program tahunan yang wajib dijalankan.
Bagi aktiviti pada bulan Mei, sambutan Hari Guru yang dirancang untuk
mengeratkan silaturahim dalam kalangan mentor mantee kelas masing – masing. Di
sekolah, guru akan berperanan memberi tunjuk ajar sebagai ibu bapa di sekolah
kerana guru bukan setakat mengajar pengajaran untuk membina ilmu bahkan
membangunkan sahsiah dan disiplin murid. Melalui aktiviti Sambutan Hari Guru pada kali ini, murid dapat berinteraksi dengan guru selaku mentor mereka secara santai tetapi
penuh penghayatan dan pengajaran di sebalik aktiviti yang dijalankan. Di
samping itu, murid juga menggunakan kreativiti masing – masing untuk
menyerlahkan bakat bagi menghiburkan guru-guru dan menghidupkan suasana Hari
Guru. Semoga aktiviti yang dijalankan memberikan erti yang signifikan dalam
catatan diari kehidupan seorang guru.
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
Berpakaian mengikut tema klasik dan tradisional
Tiada ulasan:
Catat Ulasan