selamat datang ke PPKI SK PAYA RUMPUT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Selasa, 9 Ogos 2016

Penyampaian Sijil Murid Inklusif (1 Ogos 2016)

Program Pndidikan Inklusif ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid bekeperluan khas bersama-sama dengan murid lain didalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

Program ini bermatlamat untuk meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada murid bekeperluan khas untuk mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana. Program ini juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi mereka dan percaya bahawa ketidakupayaan boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama.

BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF

1.Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa
-Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa
-Senarai nama murid dikekalkan dalam daftar kelas khas.
-Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru Pendidikan Khas sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku.
-Pelajar Pendidikan Khas yang berkeupayaan dalam akademik.

2-Pendidikan Separa Inklusif (Integrasi)
-Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja.
-Waktu selebihnya mengikuti program di kelas biasa.
-Senarai nama murid pada daftar Program Pendidikan Khas.
-Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.
-Ujian mata pelajaran adalah sama dengan murid biasa

Terdapat 3 orang murid PPKI SK Paya Rumput yang terlibat dengan Program Inklusif Sepenuh Masa. Murid ini telah diberi penghargaan atas kejayaan mereka di dalam bidang akademik di arus perdana dan menjadi contoh kepada murid-murid arus perdana.

 Adik Luthfee Ghazalee Iman Bin Mohd Helmi

 Adik Afiq Bin Zulhisyam

 Adik Muhammad Adam Wafi Bin Mohd Rafi 



Tahniah diucapkan kepada murid-murid ini. Semoga kejayaan mereka menjadi peransang kepada murid-murid yang lain. Syabas diucakpan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan