Antara objektif program ini adalah :
1. Meraikan kanak-kanak sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah dengan menghiburkan mereka dengan beberapa aktiviti yang dirancang.
2. Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah
3. Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.
4. Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal, kogninif, bahasa, sosio ekonomi, sahsiah dan rohani.
5. Melahirkan generasi yang dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan berinovasi
6. Melahirkan bangsa yang memiliki keperibadian terpuji, cemerlang, berbakat serta berwibawa.
Antara gambar-gambar yang menarik sepanjang program ini berjalan :
Para pentadbir SKPR yang ceria....
Guru-guru SKPR yang sporting memberikan persembahan kepada murid-murid
Persembahan dari PPKI 'The Fox'
Bersedia menunggu giliran untuk membuat persembahan
Persembahan silap mata oleh murid inklusif iaitu adik Afiq Zulhisyam
Guru Besar yang sporting ....
Murid-murid diberikan donut dan aiskrim untuk hari ini.... sedapnya...
Diharapkan dengan adanya program seperti ini akan dapat menambahkan rasa kecintaan dan kasih sayang dikalangan kanak-kanak serta membina semangat dan keyakinan dalam diri kanak-kanak dan melahirkan kanak-kanak yang berbakat. Disamping itu juga akan dapat mengeratkan tali silaturahim dan memupuk semangat kerjasama tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan