selamat datang ke PPKI SK PAYA RUMPUT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Isnin, 7 November 2016

Perkhemahan RIMUP Peringkat Negeri Melaka

Perkhemahan RIMUP Peringkat Negeri Melaka telah diadakan pada 5 dan 6 November 2016 yang lalu bertempat di SK Paya Rumput. Sebanyak 3 buah sekolah telah menyertai perkhemahan ini termasuk SJK(C) Pya Hwa dan SJK (T) Paya Rumput. Seramai 167 orang peserta telah menyertai perkhemahan ini dan PPKI SKPR telah menghantar 7 orang wakil ke perkhemahan ini. 

KONSEP

RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

MATLAMAT

Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

OBJEKTIF RANCANGAN

RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:
· Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.

· Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.

· Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.

· Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama.
  



Aktiviti malam kebudayaan

 Aktiviti memasang khemah















Aktiviti absailing



Aktiviti berkompang

Aktiviti flying fox





Solat berjamaah


Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program perkhemahan ini.

Khamis, 3 November 2016

Program Latihan Kebakaran Peringkat Sekolah Kali Ke 2 Tahun 2016

Program Latihan Kebakaran Peringkat Sekolah Kali Ke 2 Tahun 2016 telah diadakan pada 2 November 2016 yang lalu.

Antara objektif program ini ialah :

1. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid kaedah menyelamatkan diri ketika kebakaran/kecemasan
2. Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran
3. Mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba dan agensi keselamatan yang lain.









Semoga dengan adanya program latihan sebegini dapat memberikan pendedahan dan latihan yang secukupnya kepada semua warga sekolah supaya dapat menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Pertandingan Petanque Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka

Pertandingan Petangue Peringkat Negeri Melaka telah diadakan di Gelanggang Petanque Hang Jebat, Tanjung Kling Melaka pada 26 dan 27 Oktober 2016 yang lalu.

PPKI SKPR telah menghantar seorang wakil iaitu adik Nursuria Natasya Binti Ibarahim untuk acara bawah 12 tahun yang mewakili Zon Tanjung bersama kumpulan Nur Hazura dari SK Bukit Rambai.

Alhamdulillah, mereka telah mendapat naib johan negeri untuk pertandingan ini. Tahniah diucapkan kepada yang menang dan terima kasih diucapkan kepada Puan Zainab yang telah bersungguh-sungguh melatih sehingga berjaya di peringkat negeri. Tahniah....







Tahniah team Zon Tanjung...