selamat datang ke PPKI SK PAYA RUMPUT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Rabu, 29 Mac 2017

Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia

Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia Tahun 2017 telah diadakan pada 30 Mac 2017 yang lalu bertempat di Mini Satdium, SSN SMK Seri Kota, Melaka.


Hari Sindrom Down Sedunia merupakan hari istimewa bagi mereka yang menghidapi Sindrom Down di seluruh dunia. Hari Sindrom Down diraikan dengan pelbagai aktiviti yang dirancang bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap hak dan kesejahteraan kepada mereka yang mengalami penyakit ini.

Antara aktiviti yang diadakan adalah sukaneka yang melibatkan semua murid berkeperluan khas yang menghidapi penyakit Down Syndrome. PPKI SK Paya Rumput telah menghantar 2 orang wakil iaitu Adik Muhammad Azizi Azri Bin Rossamri dan Adik Siti Nur Alysha Binti Shaari.



 Adik Allysha bersama PPM

Adik Azizi mendapat cenderamata dari pihak penganjur







Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur yang berjaya mengendalikan program khas ini dan memberi peluang kepada anak-anak Down Syndrome ini mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan.


















Terapi Berkuda

Terapi Berkuda ini adalah julung-julung kali diadakan pada 30 Mac 2017 yang latu bertempat di Taman Botanikal Ayer Keroh Melaka. Program ini merupakan salah satu bentuk terapi yang melibatkan penggunaan kuda dalam rawatan pemulihan dan ianya dilaksanakan oleh petugas yang terlatih dari segi pengurusan dan latihan berkuda.

Terapi berkuda membantu meningkatkan keyakinan diri, meningkatkan keseimbangan badan, mengurangkan kekejangan otot, meningkatkan tumpuan dan lain-lain.

Bergambar setelah selesai aktiviti terapi berkuda









Alhamdulillah, program terapi berkuda ini berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya hujan turun pada waktu pagi. Terapi kuda ini mampu memotivasikan murid-murid yang memiliki masalah keyakinan diri dan berdisiplin

Majlis Tilawah Al-Quran PPKI Zon Tanjung

Majlis Tilawah Alquran Program Pendidikan Khas Integrasi Zon Tanjung telah diadakan pada 9 Mac 2017 yang lalu. Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada semua murid berkeperluan khas kepada aspek-aspek keagamaan selaras dengan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas.

Objektif aktiviti ini ialah :
1. Mencungkil bakat murid dalam aktiviti hafazan, tilawah, azan subuh, tulisan khat dan bercerita kisah nabi.
2. Memberi peluang kepada semua murid berkeperluan khas turut serta dalam aktiviti kokurikulum
3. Meningkatkat silaturahim antara warga pendidikan khas
4. Menerapkan nilai-nilai kesenian Islam dalam diri murid berkeperluan khas.

Adik Afiq Bin Zulhisyam menyertai acara Tilawah dan hafazan 

Adik Nur Suria Natasya Binti Ibarahim menyertai acara hafazan

Pasukan nasyid sekolah sedang beraksi..

Adik Luthfee Ghazalee Iman sedang menunggu giliran dalam acara Bercerita Kisah Nabi





Alhamdulillah... selesai sudah MTQ pada kali ini. Senarai keputusannya ialah :

Johan Tilawah - Afiq Bin Zulhisyam
Johan Bercerita Kisah Nabi - Adik Luthfee Ghazalee Iman
Naib Johan Hafazan Perempuan - Adik Nursuria Natasya Ibarahim
Tempat Ketiga Hafazan Lelaki - Adik Afiq Bin Zulhisyam
Johan Nasyid

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Kita akan berjumpa lagi pada 4 April di MTQ Negeri.. Insya Allah.


Latihan Kebakaran Kali 1/2017

Latihan Kebakaran kali 1/2017 telah diadakan pada 7 Mac 2017 yang lalu bertempat di padang SK Paya Rumput. Latihan ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada murid pengalaman langsung menghadapai bahaya kebakaran serta melatih murid kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku di sekolah.

Objektif utama latihan ini diadakan ialah :
1. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid kaedah menyelamatkan diri ketika kebakaran / kecemasan
2. Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam meyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran.
3. Mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba dan agensi keselamatan yang lain.
4. Murid berupaya menjalani latihan menyelamat dengan penuh disiplin.







Semoga latihan yang dijalankan ini dapat memberi pendedahan kepada murid dan guru dalam menangani kes-kes kecemasan.

Kem Bestari Solat Siri 1/2017

Kem Bestari Solat Siri 1/2017 telah dilaksanakan pada 4 Mac 2017 yang lalu. Aktiviti ini dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.

Kem Bestari Solat ini menekankan kepada murid-murid cara-cara berwuduk sebagai pengenalan kepada murid-murid serta kewajipan menunaikan solat lima waktu, niat solat, bacaan pendek dalam solat, perlakuan dalam solat seta amali solat.

Objektif aktiviti ini ialah :
1. Murid dapat mengetahui cara-cara berwuduk
2. Murid dapat berwuduk dengan sempurna
3. Murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatan
4. Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah.

Mendengar taklimat dari guru sebelum KBS dimulakan. 




Aktiviti berwuduk dengan bimbingan guru

Menyusun sejadah sebelum solat dimulakan





Guru-guru membantu membetulkan perlakuan solat murid-murid




Murid menjamu selera ....

Modul Kem Bestari solat adalah sebahagian daripada Program j-Qaf yang wajib dilaksanakan. Oleh itu, diharapkan agar semua pihak dapat memberi kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga segala gerak kerja yang dilaksanakan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Amin..