Kem Bestari Solat ini menekankan kepada murid-murid cara-cara berwuduk sebagai pengenalan kepada murid-murid serta kewajipan menunaikan solat lima waktu, niat solat, bacaan pendek dalam solat, perlakuan dalam solat seta amali solat.
Objektif aktiviti ini ialah :
1. Murid dapat mengetahui cara-cara berwuduk
2. Murid dapat berwuduk dengan sempurna
3. Murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatan
4. Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah.
Mendengar taklimat dari guru sebelum KBS dimulakan.
Aktiviti berwuduk dengan bimbingan guru
Menyusun sejadah sebelum solat dimulakan
Guru-guru membantu membetulkan perlakuan solat murid-murid
Murid menjamu selera ....
Modul Kem Bestari solat adalah sebahagian daripada Program j-Qaf yang wajib dilaksanakan. Oleh itu, diharapkan agar semua pihak dapat memberi kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga segala gerak kerja yang dilaksanakan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan