selamat datang ke PPKI SK PAYA RUMPUT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Ahad, 22 Oktober 2017

Kolaborasi Projek Khas PPKI SKPR Bersama Jabatan Pertanian Daerah Melaka Tengah

Program Pendidikan Khas Integrasi SK Paya Rumput telah mengadakan satu kolaborasi bersama Jabatan Pertanian Daerah Melaka Tengah bagi Projek Khas Pertanian.

Program ini mendapat maklum balas yang amat positif dari Jabatan Pertanian Negeri Melaka dengan memberi bekalan biji benih sayuran kepada program ini. Terima kasih daun keladi.


Cik Lee De Leng selaku pegawai dari Jabatan Pertanian Daerah Melaka Tengah bergambar bersama warga SK Paya Rumput.




Melawat kawasan Projek Khas.




Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua warga PPKI SKPR yang bersama-sama dalam menjayakan Projek Khas ini. Semoga kolaborasi ini akan berterusan.

Hari Keluarga PPKI

Hari Keluarga PPKI SKPR buat julung-julung kali telah diadakan pada 29 hingga 30 September 2017 yang lalu bertempat di Puteri Qashrina Chalet, Tanjung Keling Melaka. Program ini telah berlangsung selama 2 hari 1 malam.

Aktiviti ini dilaksanakan untuk memberi ruang dan memastikan murid dapat :

1. Mewujudkan interaksi serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru-guru, murid-murid dan ibu bapa murid PPKI SK Paya Rumput.
2. Mweujudkan semangat kerjasama, hormat menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan.
3. Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan guru, ahli keluarga dan murid-murid.
4. Memberikan ruang kepada ahli keluarga untuk melakukan aktiviti bersama keluarga mereka dalam pengisian masa yang terluang.

Menerima sumbangan daripada Puan Zawati sempena Hari Keluarga PPKI 

Ucapan daripada GPK PK Puan Rohana binti Mohd Som



Manjamu selera

Aktiviti sukaneka 

Tiup......sampai pecah


Acara senamrobik






Acara penyampaian hadiah








Sesi bergambar bersama keluarga besar PPKI SKPR.

Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program ini. Semoga silaturrahim yang dibina ini berkekalan hingga ke jannah..