Aktiviti ini dilaksanakan untuk memberi ruang dan memastikan murid dapat :
1. Mewujudkan interaksi serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru-guru, murid-murid dan ibu bapa murid PPKI SK Paya Rumput.
2. Mweujudkan semangat kerjasama, hormat menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan.
3. Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan guru, ahli keluarga dan murid-murid.
4. Memberikan ruang kepada ahli keluarga untuk melakukan aktiviti bersama keluarga mereka dalam pengisian masa yang terluang.
Menerima sumbangan daripada Puan Zawati sempena Hari Keluarga PPKI
Ucapan daripada GPK PK Puan Rohana binti Mohd Som
Manjamu selera
Aktiviti sukaneka
Tiup......sampai pecah
Acara senamrobik
Acara penyampaian hadiah
Sesi bergambar bersama keluarga besar PPKI SKPR.
Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program ini. Semoga silaturrahim yang dibina ini berkekalan hingga ke jannah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan