selamat datang ke PPKI SK PAYA RUMPUT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Sabtu, 10 Februari 2018

Program Jom Basuh Tangan

Kanak-kanak memiliki sifat ingin tahu dan mahu menyentuh serta merasa semua benda yang dilihat. Menerusi cara itulah mereka belajar mengenali sesuatu benda. Setiap hari tangan anak bersentuhan dengan banyak benda dan ramai orang.

Justeru, jika tidak dimaklumkan mengenai cara yang betul untuk membersihkan diri, kuman dan bakteria yang melekat pada tangan boleh menjadi penyebab kepada ketidakselesaan dan penyakit mudah menyerang seperti selesema, sakit perut dan cirit-birit.

Akibatnya, kanak-kanak terpaksa cuti sekolah dan sedikit sebanyak mengganggu proses pembelajaran mereka. Memikirkan kanak-kanak harus diajar seawal mungkin untuk menjadikan membasuh tangan sebagai amalan, Unit HEM PPKI SKPR telah melaksanakan satu program yang dinamakan Program Jom Basuh Tangan pada 6 Februari 2018 yang lalu.

 Taklimat ringkas tentang cara-cara mencuci tangan dengan betul oleh Puan Rosliza Deraman Ketua Unit HEM PPKI SKPR










Tangan kami dah bersih..😍😍

Tiada ulasan:

Catat Ulasan