selamat datang ke PPKI SK PAYA RUMPUT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Khamis, 27 April 2017

Kejohanan Sukan Sekolah 2017

Pada 27 April 2017 yang lalu, telah berlangsung Kejohanan Sukan Sekolah bagi tahun 2017.

PKKI SKPR telah menyertai acara sukaneka dan balapan 

Bergambar sebelum memulakan acara






 Wajah - wajah para pemenang

Tahniah diucapkan



Adik Luthfee Ghazalee Iman mendapat naib johan bagi acara lontar peluru. Tahniah luthfee.


Sekalung tahniah diucapkan buat adik Muhammad Shahfuan Shamsari kerana telah dianugerahkan sebagai Olahragawan SK Paya Rumput 2017.

Tahniah Shahfian

Pergerakan Seni Kreatif Murid Berkeperluan Khas Peringkat Negeri Melaka 2017




Pada 20 April yang lalu, bertempat di SMK Kampung Gelam, telah berlangsung Program Inklusif Terapi Pergerakan Kreatif, Murid Berkeperluan Khas Peringkat Negeri Melaka sempena bulan kesedaran aurisme tahun 2017.

Program ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris Bin Haji Haron, Ketua menteri Melaka.




Perjalanan menaiki bas ke SMK Kampung Gelam

Cikgu Zainab bersama 3 orang murid dalam aktiviti seni kreatif iaitu adik Adelisya, adik Nur Aisyah Maisaran dan adik Muhammad Akmal Najmi




3 orang murid PPKI SKPR menyertai acara mewarna iaitu adik Nursuria Natasya, adik Adam Wafi dan adik Muhammad Shahfuan.



Selain daripada acara murid, terdapat juga acara bagi guru iaitu memasak. PPKI SKPR telah diwakili oleh Cikgu Rozita Binti Abdul Ghani yang memasak mee hailam.

Berbual seketika bersama Ketua Menteri Melaka.

Hasil masakan...... ermmm sedapnya.


Bagi murid-murid yang tidak menyertai sebarang acara, mereka diberi peluang untuk menghadiri karnival jualan yang diadakan bersama guru pengiring.





Selasa, 25 April 2017

Program Pendidikan Khas Integrasi SK Paya Rumput

SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal
tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membu-
ka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau
kurang upaya penglihatan dan pendengaran. menunjuk-
kan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan
pendidikan khas. Di Malaysia pendidikan khas formal
bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah
Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor
Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954
Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan
di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program
pemulihan ke atas pelajar “lembam” (lemah dalam
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira
pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978.
Manakala program untuk kanak-kanak ‘Bermasalah
Pembelajaran’ baru bermula pada tahun 1988 apabila
buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan
kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala
Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan
khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-
kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran. 


Misi dan Visi KPM

 Falsafah Pendidikan Kebangsaan


 Misi, Visi dan Slogan SKPR


 
Visi Pendidikan Khas

Misi Pendidikan Khas

Piagam Pelanggan Pendidikan Khas

Visi, Misi dan Motto PPKI SKPR






Khamis, 13 April 2017

Sumbangan Kerusi Roda

Pada 10 April 2017, pihak PPKI SK Paya Rumput telah menerima sumbangan daripada penjaga berupa sebuah kerusi roda buat anak murid PPKI iaitu adik Nurshafikah Binti Salim.


Encik Zulhisyam juga merupakan Pengerusi Badan Kebajikan dan Guru PPKI SK Paya Rumput telah memberikan sumbangan yang amat bermakna buat adik Nurshafikah.

Adik Nurshafikah merupakan murid PPKI Tahun 2 telah mengalami kemalangan iaitu jatuh basikal yang menyebabkan tulang kakinya retak. Semoga dengan sumbangan yang diberikan ini, akan memudahkan urusan seharian adik Nurshafikah.


Puan Rohana Mohd Som selaku GPK Pendidikan Khas telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga adik Nurshafikah


Terima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada adik ini. Semoga Adik Nurshafikah cepat sembuh. 

Rabu, 12 April 2017

Kem Bestari Solat Siri 2/2017

Kem Bestari Solat Siri 2/2017 telah diadakan pada 8 April 2017 yang lalu.

Aktiviti dilaksanakan untuk memberi pengetahuan dan memastikan murid dapat mengetahui :

2.1 Menarik minat murid-murid terhadap amalan solat wajib dan sunat.
2.2  Meningkatkan keupayaan murid agar dapat melaksanakan wuduk dengan sempurna dan solat dengan betul.
2.3  Mengembangkan daya saing yang positif di kalangan murid Islam disamping merapatkan Ukhuwah Islamiyyah sesama mereka.
2.5  Memantapkan keyakinan murid-murid tentang amalan fardhu.
2.6  Meyakinkan murid-murid tentang kewajipan solat lima waktu. 

Amali wuduk

Amali solat

 Amali solat







Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Melaka 2017

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Melaka telah diadakan pada 4 April 2017 (Tilawah dan Bercerita) dan 7 April 2017 (Nasyid)

Aktiviti dilaksanakan untuk memberi pengetahuan dan memastikan murid dapat mengetahui :



2.1 Menekankan pembentukan dan pembangunan insan mulia yang berkeupayaan menyumbang ke arah      pembangunan tamadun bangsa dan negara. 
2.2 Menguji pengetahuan para pelajar dan mencungkil bakat istimewa di kalangan pelajar 
2.3. Memupuk semangat kekeluargaan dan kekitaan di kalangan pelajar dan guru dalam suasana yang tidak formal
2.4 Melahirkan tenaga manusia yang benar-benar berkemampuan dan berketrampilan. 
2.5 Memajukan konsep pembelajaran melalui penyertaan dan memupuk semangat kesukanan dan pertandingan di kalangan pelajar.

Tahniah diucapakan kepada adik Luthfee Ghazalee Iman Bin Mohd Helmi kerana memenangi tempat ketiga bagi acara bercerita kisah nabi peringkat Negeri Melaka dan Solo Terbaik bagi Petandingan Nasyid Peringkat Negeri Melaka Tahun 2017.

 Para hakim bagi acara nasyid


 Bergambar bersama GPK 1 sebelum memulakan persembahan

 Adik Luthfee Ghazalee Iman sedang membuat persembahan bagi acara bercerita kisah nabi.

 Adik Afiq Bin Zulhisyam sedang menyampaikan bacaan Al-Quran 

 Tahniah Luthfee kerana menang tempat ketiga bagi acara bercerita peringkat Negeri Melaka

 Pasukan Nasyid Al-Rayyan sedang membuat persembahan

Adik Luthfee memenangi Solo Terbaik Nasyid. Tahniah diucapkan.