selamat datang ke PPKI SK PAYA RUMPUT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Selasa, 25 April 2017

Program Pendidikan Khas Integrasi SK Paya Rumput

SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal
tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membu-
ka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau
kurang upaya penglihatan dan pendengaran. menunjuk-
kan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan
pendidikan khas. Di Malaysia pendidikan khas formal
bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah
Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor
Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954
Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan
di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program
pemulihan ke atas pelajar “lembam” (lemah dalam
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira
pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978.
Manakala program untuk kanak-kanak ‘Bermasalah
Pembelajaran’ baru bermula pada tahun 1988 apabila
buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan
kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala
Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan
khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-
kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran. 


Misi dan Visi KPM

 Falsafah Pendidikan Kebangsaan


 Misi, Visi dan Slogan SKPR


 
Visi Pendidikan Khas

Misi Pendidikan Khas

Piagam Pelanggan Pendidikan Khas

Visi, Misi dan Motto PPKI SKPR






Tiada ulasan:

Catat Ulasan