selamat datang ke PPKI SK PAYA RUMPUT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Khamis, 27 April 2017

Pergerakan Seni Kreatif Murid Berkeperluan Khas Peringkat Negeri Melaka 2017




Pada 20 April yang lalu, bertempat di SMK Kampung Gelam, telah berlangsung Program Inklusif Terapi Pergerakan Kreatif, Murid Berkeperluan Khas Peringkat Negeri Melaka sempena bulan kesedaran aurisme tahun 2017.

Program ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris Bin Haji Haron, Ketua menteri Melaka.




Perjalanan menaiki bas ke SMK Kampung Gelam

Cikgu Zainab bersama 3 orang murid dalam aktiviti seni kreatif iaitu adik Adelisya, adik Nur Aisyah Maisaran dan adik Muhammad Akmal Najmi




3 orang murid PPKI SKPR menyertai acara mewarna iaitu adik Nursuria Natasya, adik Adam Wafi dan adik Muhammad Shahfuan.



Selain daripada acara murid, terdapat juga acara bagi guru iaitu memasak. PPKI SKPR telah diwakili oleh Cikgu Rozita Binti Abdul Ghani yang memasak mee hailam.

Berbual seketika bersama Ketua Menteri Melaka.

Hasil masakan...... ermmm sedapnya.


Bagi murid-murid yang tidak menyertai sebarang acara, mereka diberi peluang untuk menghadiri karnival jualan yang diadakan bersama guru pengiring.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan