selamat datang ke PPKI SK PAYA RUMPUT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Isnin, 18 September 2017

Terapi Sosial dan Sambutan Hari Lahir (Jun - Dis)

Pada 14 September 2017 yang lalu, PPKI SK Paya Rumput telah mengadakan Terapi Sosial dan Sambutan Hari Lahir bertempat di Mahkota Parade Melaka. 


Unit Pendidikah Khas SK Paya Rumput merancang program ‘Sambutan Hari Lahir’ untuk memberikan pendedahan kepada murid tentang kemahiran dalam bidang sosial. Kemahiran sosial merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan wajib diperkembangkan dalam diri setiap individu secara menyeluruh. Kemahiran sosial adalah penting bagi setiap individu agar dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih sempurna.


 Antara matlamat program ini adalah untuk melatih, mendidik dan menanam kemahiran urus diri serta berdikari dalam diri murid-murid Pendidikan Khas serta belajar menghadapi situasi sebenar yang akan mereka tempuhi setelah dewasa nanti. Mereka juga diberi pendedahan terhadap masyarakat dan persekitaran luar.

Objektif program ini ialah :

1. Memberi pemahaman kepada pelajar-pelajar pendidikan khas  tentang konsep  umur dan angka.
2. Menanam kemahiran berdikari dalam diri murid-murid ketika menghadapi situasi dipersekitaran luar
3. Memupuk semangat kerjasama secara berpasukan dan bertanggungjawab terhadap ahli dalam kumpulan.
4. Menambah pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan urusan jual beli.
5. Melahirkan murid yang dapat berinteraksi secara mesra dengan masyarakat sekeliling








































 Terima kasih juga yang tak terhingga kepada penjaga Iman Fahrin Arif iaitu Puan Zurina atas sumbangan yang diberikan untuk anak-anak PPKI SKPR. Juga ucapan ribuan terima kasih kepada semua warga PPKI SKPR yang sama-sama dapat menjayakan program ini dengan lancar. 

Lawatan Sambil Belajar Ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Pada 12 September 2017 yang lalu, PPKI SK Paya Rumput telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Program ini bertujuan  untuk  membantu meningkatkan perkembangan diri murid secara holistik merangkumi aspek kognitif, emosi dan sosial. Aktiviti terapi bermatlamat memajukan potensi murid bermasalah pembelajaran secara optimum melalui perancangan aktiviti yang bersesuaian selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Khas dalam memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh.

Melalui Program Lawatan Sambil Belajar  Murid-murid Pendidikan Khas ke Negeri Melaka ini, murid-murid dapat:

1.Memupuk minat dan membantu meningkatkan kefahaman murid dalam mata pelajaran Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkahlaku,  Sains, Bahasa Melayu dan Matematik.  

2. Memberi peluang kepada murid menggunakan kemudahan pengangkutan awam disamping melatih mereka memahami serta  mematuhi peraturan dan arahan di tempat-tempat awam serta menghargai kemudahan yang disediakan.

3. Mendidik dan memimpin murid supaya boleh berdikari dalam pengurusan diri serta meningkatkan keyakinan kendiri murid.
4. Membentuk disiplin diri, memupuk sahsiah dan berupaya menjaga keselamatan diri sendiri/rakan serta mematuhi peraturan serta arahan guru ketika berada di luar bilik darjah.
5.Mewujudkan suasana Pengajaran dan Pembelajaran Luar Bilik Darjah yang menyeronokkan dan berkesan.

Antara tempat-tempat yang dilawati ialah:

- A Famosa
- Memorial Kemerdekaan
- Muzium Kesultanan Melayu Melaka
- Bukit St. Paul
- Bangunan Merah




















Diharap program yang dijalankan ini dapat memenuhi objektif yang ingin dicapai dan dapat memberi manfaat kepada semua...