selamat datang ke PPKI SK PAYA RUMPUT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Isnin, 18 September 2017

Lawatan Sambil Belajar Ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Pada 12 September 2017 yang lalu, PPKI SK Paya Rumput telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Program ini bertujuan  untuk  membantu meningkatkan perkembangan diri murid secara holistik merangkumi aspek kognitif, emosi dan sosial. Aktiviti terapi bermatlamat memajukan potensi murid bermasalah pembelajaran secara optimum melalui perancangan aktiviti yang bersesuaian selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Khas dalam memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh.

Melalui Program Lawatan Sambil Belajar  Murid-murid Pendidikan Khas ke Negeri Melaka ini, murid-murid dapat:

1.Memupuk minat dan membantu meningkatkan kefahaman murid dalam mata pelajaran Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkahlaku,  Sains, Bahasa Melayu dan Matematik.  

2. Memberi peluang kepada murid menggunakan kemudahan pengangkutan awam disamping melatih mereka memahami serta  mematuhi peraturan dan arahan di tempat-tempat awam serta menghargai kemudahan yang disediakan.

3. Mendidik dan memimpin murid supaya boleh berdikari dalam pengurusan diri serta meningkatkan keyakinan kendiri murid.
4. Membentuk disiplin diri, memupuk sahsiah dan berupaya menjaga keselamatan diri sendiri/rakan serta mematuhi peraturan serta arahan guru ketika berada di luar bilik darjah.
5.Mewujudkan suasana Pengajaran dan Pembelajaran Luar Bilik Darjah yang menyeronokkan dan berkesan.

Antara tempat-tempat yang dilawati ialah:

- A Famosa
- Memorial Kemerdekaan
- Muzium Kesultanan Melayu Melaka
- Bukit St. Paul
- Bangunan Merah




















Diharap program yang dijalankan ini dapat memenuhi objektif yang ingin dicapai dan dapat memberi manfaat kepada semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan