Unit Pendidikah Khas SK Paya Rumput merancang program ‘Sambutan Hari Lahir’ untuk memberikan pendedahan kepada murid tentang kemahiran dalam bidang sosial. Kemahiran sosial merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan wajib diperkembangkan dalam diri setiap individu secara menyeluruh. Kemahiran sosial adalah penting bagi setiap individu agar dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih sempurna.
Antara matlamat program ini adalah untuk melatih, mendidik dan menanam kemahiran urus diri serta berdikari dalam diri murid-murid Pendidikan Khas serta belajar menghadapi situasi sebenar yang akan mereka tempuhi setelah dewasa nanti. Mereka juga diberi pendedahan terhadap masyarakat dan persekitaran luar.
Objektif program ini ialah :
1. Memberi pemahaman kepada pelajar-pelajar pendidikan khas tentang konsep umur dan angka.
2. Menanam kemahiran berdikari dalam diri murid-murid ketika menghadapi situasi dipersekitaran luar
3. Memupuk semangat kerjasama secara berpasukan dan bertanggungjawab terhadap ahli dalam kumpulan.
4. Menambah pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan urusan jual beli.
5. Melahirkan murid yang dapat berinteraksi secara mesra dengan masyarakat sekeliling
Terima kasih juga yang tak terhingga kepada penjaga Iman Fahrin Arif iaitu Puan Zurina atas sumbangan yang diberikan untuk anak-anak PPKI SKPR. Juga ucapan ribuan terima kasih kepada semua warga PPKI SKPR yang sama-sama dapat menjayakan program ini dengan lancar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan